08 June 2012

Laporan Kemajuan 7 | Cakap serupa bikin


Adakalanya penyelia hanya pandai mengharapkan (mengarahkan) pelajarnya buat pembentangan. Penyelia sendiri tidak pernah buat pembentangan tentang kertas-jurnal terbaru yang dibacanya. Jangan hanya pandai cakap, arahkan itu dan ini terhadap pelajarnya, tetapi penyelia sendiri takut membentang di depan pelajar.

ketam langkawi
Antara sebab utama penyelia takut ialah kerana dia sendiri pun tidak tahu dan malas membaca! Penyelia masuk bidang ini hanya bidang terjun. 100% harapkan tuah student. Silap2 terjun tanpa parachute akan memperbodohkan diri sendiri didepan pelajarnya!   

Kenalah penyelia sendiri luangkan masa membuat pembentangan berkenaan paper terbaru yang dibacanya. Pembentangan penyelia boleh dijadikan contoh untuk pelajarnya. Bukan setakat gaya dan kaedah, isi pembentangan (ilmu) akan menjadi ikutan pelajarnya. Dengan ini penyelia juga menyelam bersama pelajar dan secara tidak langsung ilmu penyelia makin bertambah!

Selain daripada pembentangan saintifik, perkara umum (makluman) daripada SV boleh dibincang.
·      Apa yang berlaku dalam 2 minggu lepas.
·      Latest planning oleh SV.
·      Update untuk 'commons mistake'  semasa writing paper, experimental design atau understanding.
·      Perkara yang melibatkan students seperti scholarships, graduasi, financial, conference etc
·      Ulangi semangat kerjasama, elakkan berpuak2, bergaduh dalam pasukan. Di sini hanya persinggahan, esok lusa kita akan pergi untuk bina empire sendiri.

woit..... perkara peribadi jangan bawa ke sini!!

Garisan bawah
 Hanya PR meeting dapat menolong student dan mengikat kesibukan SV?

2 comments:

  1. Salam semua. Hmm sy rasa xperlu la kot utk SV buat presentation masa PR meeting. Cukup la sekadar membetulkan kesalahan, menegur & membimbing studentnya. SV juga boleh terus ke depan & mengajar secara spontan...guna whiteboard sudah memadai..xperlu nk sediakan slides bagai. why is it so?
    1- To avoid student bertukar menjadi "klon SV"..student sepatutnya build up their own personality at this stage supaya bla abis PhD nnt student xmenjadi klon SV nya a.k.a dok bwh byg2 SV laa smpai tua altho bekerja di univ lain. Jadi sy rs cukup la kalo SV menegur & cuba membentuk studentnya menjadi seorang yg lebih berjaya drpd SV tu sendiri & bknnya membentuk klon nya.

    2- Bila SV present student akan takut nak tanya..sbb apa? takut kena belasah balik. that is the fact that we hv to accept. Especially malaysian student, sgt takut utk voice up, ada bnde yg diragui atau kurang puas ati tapi dipendamkan saje..sbb takut. jadi objektif PR meetg akan tersasar akibat student yg passive. student kebiasaannya akan menerima saje apa yg SV dia present, slh pun akan tetap ckp betul, xfhm pun masih mengangguk fhm. Dr boleh cuba nanti, dlm byk2 ayat tu cuba twist sikit ayat tu jd slh, at the end tanya student blk apa komen mereka, pasti jwpn nya, xde apa2 Dr..sy fhm...bagus presentation Dr! haha.

    Sy setuju student x sepatutnya berpuak puak dlm group. Make the group like a small family members. In fact, sy rs bkn dlm group kt je...dgn group laen pun sepatutnya xde mslh...jgn la "create" puak2 tu..xde dpt apa pun..rugi ada lah.

    ~sayangilah semua yg ada dimuka bumi ini, insyaAllah yg diatas sana akan lebih menyayangi anda~

    Sharing is caring...

    ~white rose~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian untuk hanya utk SV supaya sentiasa berkala membaca! dan sedikit fundamental utk students

      Delete