27 February 2017

Problem Statement 1

Assalaimualaikum,

Seperti biasa…. Selepas tengok Title, examiner/reviewer akan scan Figures.
Lepas tu, akan terlintas
“… tesis/paper ni nak buat apa?”

Then akan cari Problem Statement akhir sekali baca Objective…
Kalau menarik terus baca, kalau tidak…. Mmmm… nantilah

Masalah utama:
  • Tak jumpa PS – student tak pernah dengar PS, hinggalah hari viva (ni kes student pun confuse Chapter 1: Introduction = Chapter 2: Literature Review (LR))
  • Tak pasti PS – student tak tahu apa yg dimaksudkan PS, mungkin dia dah tulis, mungkin ditulis ditempat lain atau mungkin tidak.
  • Cuba sembunyi PS – setelah 3 tahun Phd, student tidak capai target (tak dapat solve semua important novel PS… atau baru jumpa novelty) dan cuba letak PS… ¼ sini, ¼ situ, ¼ atas dan ¼ page sebelah.
  • Format Uni – ada uni yg rigid pasal format, jadi PS ni mungkin letak kat Aim, mungking campur kat Background, letak kat setiap Chapter etc (still ok.. mmg dah ada PS).
  • Objective – Objective tiba2 pop-up (tidak dibina dr unjuran/projection LR/PS). Dalam kes ini… Examiner/reviewer tidak diberi cukup info (LR) tentang permasalahan kajian.

Literature Review (LR) for Problem Statement:
  • Sebelum PS mesti ada LR (kalau pandai bermain BI, boleh pusing2 PS dulu, kemudian LR)
  • 1 paragraph utk paper & 2-3 paragraphs untuk tesis (bergantung kepada tasks/projects)
  • LR ni maksudnya references (ada juga PS yang tiada references, biasanya author create berdasarkan pengalaman/industry request/isolated case)
  • Paling penting LR mesti bergerak kearah nak cari novelty, untuk melihat distribution bidang ini. Belum ada? Sudah tepu? Gap?
  • Mesti banyak… banyak… banyak membaca. Takkan boleh buat LR yg bagus kalau ada 5 papers saja... 😁😁😁
  • Tips - cari Review Paper dalam bidang tersebut. Penulis review yang bagus… akan letak gap, conflict, incomplete task pada hujung setiap sub-title… ambik gap ini utk jadikan LR (tapi kena retracement balik sources refs berkaitan)

Kesilapan buat LR:
  • Terlalu banyak list problems… tapi cuma buat/solve 1 problem (1 objective)… bahaya, mcm bagi peluru2 kpd examiner
  • Terlalu umum – bercerita benda2 basic/berenang di surface saja… mcm sembang kedai kopi costa
  • LR bercampur dgn PS – beginner lebih baik separate buat paragraph lain… guna Format 3 Paragraphs Introduction… click link here


Cakap cerita… kita list semua masalah. Tetapi mesti focus/narrow down kepada task tesis PhD/paper kita. 
Boleh siap dalam masa 3 tahun kerja. Boleh pecahkan kpd beberapa papers. Setiap PS yang kita nyatakan MESTI kita kena solve (yg kita akan list dlm Objective).

All the best!!
Next post… examples of Problem Statement

"Ilham itu milik Allah, mintalah daripada Nya (kebergantungan tidak pernah putus)" 👳👳


No comments:

Post a Comment