11 April 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Baru, Saingan (Part 8)


Memilih tempat baru pasti seronok dan seram. Seronok cuma tempat baru. Seram kerana cabarannya mungkin kita tidak termampu diharungi. Lebih tinggi dari pada awan di atas sana. Cabaran KPI individu pasti mengerikan, tidak termampu untuk kita melihat sasaran KPI kawan sebelah. Manakala, expectation dari bos pasti mengalahkan jaguh olympic disandarkan atas bahu ini. Bagaikan bos sudah lupa bahawa baru semalam kita melapor diri untuk bertugas.

Mampukah kita bersaing dengan orang staf yang lepas SPM lagi sudah belajar di negara salji. Mereka grad PhD daripada finest university in the world. Kita cuma budak kampung, kadang kala nak letak ‘Dr’ di depan nama pun segan. Itu belum lagi dengar slang mereka, dengar macam salji turun je.

Jika dilihat CV mereka, research mereka nilai berjuta euro, kita cuma guna geran Vote F (jangkapendek) sahaja untuk siapkan PhD. Semua paper mereka hanya publish dalam jurnal top10 sahaja. Malah co-author dalam papernya semua hebat2 dan melintasi sempadan, ini menunjukan cable mereka sangat panjang. Kita cuma publish 2 papers sahaja semasa PhD, itu pun nasib baik accpeted.

Kata orang sebelum lawan kita sudah angkat bendera putih. Kalah dengan susuk badan, tewas dengan gaya, goyang dengan aura etc. Inilah salah satu cabarannya di tempat baru.

Tetapi adakah kita rebah sebelum masuk gelangang?
Adakah kebijaksanaan diukur dengan sijil?
Sudah hilangkah kata2 “lawan tetap lawan” yang pernah kita laungkan semasa belajar dulu?

"Envy is a waste of time, you already have all you need!"

1 comment:

  1. Assalammualaikum and salam satu malaysia... hanya ingin berkongsi cerita.. skrang dah second day berkhidmat di PPK. Sekarang agak boring coz masih blurrr..tgh berusaha utk fahami cara kerja dan projek...saya ada 3 months for penilaian, need to present the quality of work...hahaha dulu masa stdy nak lekas keja..skrag saya pikir leee sendiri.

    ReplyDelete