08 May 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Baru, Test Power 1 (Part 11)

Pernah terbaca power point presentation seorang profesor dari US kata:
‘Try to avoid publishing with your supervisor(s) once you are done with dissertation work' 

Tempat baru merupakan tempat paling sesuai untuk uji kemampuan diri sendiri. Jika dulu di tempat lama pasti banyak aktiviti2 dibayangi oleh supervisor. Kita bukannya nak berlagak hebat atau nak tunjuk pandai, cuma nak tahu kemampuan sendiri. Kalau kita sendiri tidak buat self assessment, nak harap orang lain jauh sekali!

Boleh ke kita membawa pelajar2 ke tempat lagi baik. Mengharapkan pelajar lebih baik dari kita dulu. Biarlah kesilapan dan kelemahan kita dulu tidak diulangi oleh pelajar kita.

Prestasi selepas 2 tahun
Kini adalah masa dan medan uji keupayaan. Tiada lagi supervisor membantu atau menggangu. Semua idea dan pengalaman ditagih. Jika belajar dulu memang niat nak belajar PhD (bukannya niat nak 'dapat PhD'), pasti ilmu tersebut banyak membantu. 

Apa2 pun task, mesti ada time length, takkan esok nak pencen masih minta 'masa tambahan'? Masih bergaduh dengan referee sebab tak bagi 'penalti' disaat genting ini?

Kita set satu masa, katakan selepas 2 tahun untuk tubuh suruhanjaya menilai keupayaan sendiri.

Kenapa diambil kira selepas 2 tahun? Kenapa tidak selepas 1 tahun atau 3 tahun? Antara sebabnya:

i. Prestasi dalam selepas 1 tahun
- terlalu baru untuk dinilai. Dalam masa ini staf masih dalam adaptation dengan environment baru lagi. Masih lagi pening dengan tugasan mengajar. Tidak adil untuk membuat penilaian. So biar dia settle down dulu.
- jika ada publication pada masa ini, kebanyakan daripada PhD dulu. Masih lagi menulis mengunakan results lama dan populariti nama supervisor lama.

ii. Prestasi selepas 3 tahun
- masa ini staf sudah 'tua'. Sudah liat untuk berubah. Sudah tidak dapat diselamatkan. Jika ketua jabatan panggil bagi nasihat pun umpama masuk ikut teliga keluar ikut mulut (mangumpat balik ketua... kesian jugak jadi ketua ni).

iii. Prestasi selepas 2 tahun
- staf 'rebun buluh' ini masih flexible. Mampu berubah dan boleh 'dengar kata' lagi.
- Semua papers PhD telah abis diterima. Semua penerbitan terbaru adalah hasil usaha sendiri atau bersama student sendiri. Dari sinilah kemampuan membuat menjalankan penyelidikan dan menulis kita sebenarnya diketahui. Semua aktiviti2 tidak lagi bergantung kepada supervisor lama.
- teaching pun sudah 2 tahun (sudah 2 kali), boleh dikatakan susah stabil. Cuma perlu update sikit2 saja untuk tahun depan.
- Begitu juga penyeliaan. Dalam masa ini mungkin sudah ada 5-10 pelajar buat project tahu akhir (FYP). Keupayaan kita mengurus bahan dan alat dalam makmal teruji. Tidak ketinggalan, kemampuan mengurus manusia (sangat susah sebenarnya) untuk dinilai.
- Pada masa ini jugalah pihak jabatan akan membuat penilai adakah kira mencapai prestasi untuk disahkan jawatan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    I personally disagree with the sentence “Try to avoid publishing with your supervisor(s) once you are done with dissertation work' ”. Success won't just come to you, it has to be met at least halfway, and the halfway can't be possible with the person called “supervisor”. Without him, everything we have now is just an idea away. It doesn’t mean we have to adore him so much, but publishing without his name is another kind of “derhaka”. Most importantly “ Melayu kan pantang derhaka”

    ReplyDelete