Imam Syafei berkata, “Aku mengenal ramai orang, tetapi aku tidak pernah merasa dengki kepada mereka. Itulah sebabnya mereka sayang kepadaku, Bagaimana mungkin seseorang akan berlemah-lembut kepada seseorang pendengki, bila pendengki itu tidak menghendaki sesuatu pun selain hilangnya nikmat dari orang tersebut” (Nasihat berkenaan Bersikap Lembut)
Contoh kaedah penyelesaian yang boleh dibuat (setelah semua usaha sendiri/kumpulan tidak berhasil):
1. Minta tolong dari orang yang tahu. Sebelum minta tolong orang, diminta buang jauh2 ego diri. Lupakan,
'aku grad 1st class dari MIT'
'aku ni ada phd'
'aku ni prof' atau
'KL Department ni.... kawe legend!'..... Hahaha.
Itulah kunci kemesraan perbincangan dan penyelesaian masalah.
Sometime, dahlah kita pergi minta tolong orang, dalam perbincangan kita cuba tunjuk pandai pulak. Paling teruk, kutuk atau perli kerja2 kawan yang cuba menolong. Terkejut member kita! Dalam hati mungkin terlintas,
'aku ni menolong anjing tersepit ke?'
Kalau macam ini tidak perlulah minta pertolongan kawan. Atau paling baik tak perlu buat research. Baik duduk diam2 dalam bilik tu. Pagi2 datang (tu pun kalau datang!) click Berita Harian, pahtu Utusan, Star... Kalu banyak masa lagi baca Sin Jit Poh, Tamil Neesan. Bila petang, balik. Opp terlupa.. kalu ada accaount Facebook, cuba comment semua orang, barulah penuh activities harian kita!
Kejadian sebaliknya juga pernah berlaku, kawan yang menolong pula lebih lagaknya. Lebih garfu dari sudu.
Jadi, mintalah pertolongan dari orang yang kita 'kenal', bukannya main terjah saja. Silap hari bulan, sakit buleh, malu pun dapat.
Pernah dulu penyelia panggil prof lain buat presentation di jabatan. Lepas sahaja presentation penyelia kata kepada kami semua "anyone got problems with your works... Please ask this professor".
Walaupun selepas disccus hanya 5 minit dengan prof tersebut, ia mampu menyelesaikan masalah 6 bulan! Dan terus boleh siapkan papers dan tesis.
KL ni.... kawe legend! (Kongsi) |
No comments:
Post a Comment