02 June 2012

Laporan Kemajuan 6 | Kenalpasti

minta dipermudahkan segala urusan (Kocatepe Camii, Ankara)
Selepas selesai perbentangan dan mesyuarat penyelia bolehlah mengambil pembaris dan mengukur keupayaan pelajarnya. Bukan nak cari kesilapan. Cuma nak tegur. Nak baiki. Nak ubah. Semoga kembali ke atas landasan yang benar walaupun tidak semestinya lurus.

Bagi pelajar yang tiada masalah, motivasikan mereka untuk pergi lebih tinggi lagi.  Terbang tanpa menoleh ke belakang atau ke bawah, cuma elak langgar awan. Touch the sky before you drop. Tunggu cukup masa untuk submit.

Bagi yang bermasalah a.k.a. pening lalat, masa awal-awal inilah SV kena cari setanggi dan perasap kemenyan.

Jika SV tidak boleh bomoh sendiri, terpaksalah import bapak bomoh datang.

Saya masih ingat lagi dulu, hampir 6 bulan sangkut satu masalah. Diulang experiment beberapa kali, tetapi masih juga dapat results yang sama (sangat berbeza dengan kelaziman). Bila discuss dengan SV, masih lagi buntu.

Hinggalah satu hari SV call,
"Esok ko datang lab, tok bomoh besar dari India akan datang (Prof Chandra)".

Dengan hanya discuss 5 minit dengan Prof. Chandra .... problems solved, siap tesis aku! :)

Itulah penting SV kita mesti ahli Persatuan Bomoh2 Global, kalau bomoh kecil tak boleh berubat, insyaAllah bomoh besar akan turun. Yang penting jangan sombong berlagak pandai.



No comments:

Post a Comment