16 May 2018

Ringkaskan Naik Taraf MSc ke PhD


Assalaimualaikum,
Di peringkat uni biasanya mereka akan keluarkan syarat minimum untuk proses conversion ini, manakala peringkat jabatan akan membuat sedikit adjustment syarat2nya supaya setara dengan bidang jabatan. Ia juga untuk memastikan calon benar2 layak tanpa membuang masa penyediaan bagi calon dan admin.
Uni lain, maka lagi lain syaratnya. Apa pun, secara amnya semua orang dan panel examiners akan melihat syarat2 umum berikut:

1. Publication
Perkara pertama panel akan lihat ialah penerbitan. Secara tidak langsung, penerbitan akan melambang kualiti penyelidikan calon. Penerbitan mesti dalam jurnal berkaitan bidang. Lebih baik jurnal itu ada impact factor. Kalau publish dalam jurnal Q1, itu satu advantage!

Perlu diingat juga, penerbitan tak semestinya represent keupayaan calon. Mungkin % sumbangan calon dalam penerbitan ini sangat sedikit (banyak daripada SV). SV punya idea, SV buat research design, SV yang menulis... SV itu dan ini. Student bagaikan ‘robot’, hanya buat experiment. Perkara ini yang panel tidak mahu, sepatutnya sumbangan calon melebihi semua orang.

Ok, jika calon tidak sempat publish paper (untuk accepted mungkin perlu 3-6 bulan), kita boleh lihat perkara (2) di bawah.

2. Novelty
Disebabkan conversion ini special, results calon mesti juga ‘special’. Special ini refer kepada novelty.
Panels yang expert dalam bidang ini, pasti boleh confirmkan perkara ini. Malah sebelum persediaan tulis tesis conversion, SV dan co-SV pun setuju bahawa results ini melebihi level MSc dan layak untuk peringkat PhD.

Note: Takkan results level FYP nak convert ke PhD kan? Penulisan tesis mestilah level PhD jugak kan?.... oppss jangan marah ambe ðŸ˜Š

Mungkin pada peringkat ini, tiada paper publish dan results pun tak pasti novel atau tidak. Panel yang baik hati akan beralih kepada perkara terakhir (3) di bawah.

3. Understanding
Semasa Q&A panel examiners akan tanya banyak soalan... concept, research design, equipment, charaterization, properties, good results, opposite results etc... itu belum lagi ticky questions. Semua ini ditanya untuk menguji kefahaman Fundamental calon sebagai persediaan untuk melompat ke aras lebih tinggi... level PhD!

Jika semua soalan boleh di jawab dengan jelas atau panel pun akui;
“budak ni meme bijak, otak bergeligo... boleh buat cincin”
So Welcome to PhD!

Note: Panel examiners bukannya makhluk yang dilahirkan untuk menghalang orang, jika anda sangat bijak... kecik tapak tangan, stadium Anfield kami tadahkan ðŸ˜Š

Calon2 yang bercita2 nak buat conversion, harap settle syarat2 umum di atas. Ini cuma sedikit pengkongsian pengalaman ambe saja... Apa2 pun sila rujuk SV masing2. All the best.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan 1439, jangan lupa doakan ambe sekeluarga di bulan mulia ni... amin.

1 comment:

  1. Ada lagi satu syarat paling penting (based on my own experience..hehehe) iaitu kena defend proposal dan mohon conversion within 1 year after registration.

    ReplyDelete