Mula2, setelah
masuk satu2 kumpulan penyelidikan, tanya SV atau pelajar senior tentang kaedah
atau cara perjumpaan di sini.
Berkala ke? Ikut
mood? Atau hentam ikut suka?
Tanyakan juga;
Apa yang SV suka
dan tidak?
Apa yang perlu
sediakan sebelum jumpa?
Supaya kita tidak
membawa budaya lain atau jadi musang masuk kampung. SV tiada masa nak tegur
setiap kali perjumpaan tentang kesilapan anda.
Yang pasti SV tidak
suka pelajar cakap besar, cakap putar alam,.. tapi hakikat satu benda pun tidak
buat.
Teringat seorang
postdoc kat Sheffield pesan kepada kami... “He (SV) need results!”. Maksudnya
SV perlu results setiap perjumpaan, tidak mahu pergi sembang kosong.
Yang penting
sekarang anda kena tahu dan ikut budaya setiap kumpulan penyelidikan... apa
yang perlu buat sebelum, semasa dan selepas perjumpaan.
Jika dulu anda adalah dekan, pengarah, manager etc... sila buang jauh2 kerana sekarang ini hanya ada seorang bos saja.
Jika dulu anda adalah dekan, pengarah, manager etc... sila buang jauh2 kerana sekarang ini hanya ada seorang bos saja.
No comments:
Post a Comment