30 November 2010

Menjadi Penilai 8 - Due date

7. Due Date
Memang seronok apabila editor dari jurnal terhebat dunia meminta kita menilai manuskrip mereka. Ini juga akan men’cantik’kan lagi CV kita dan sebagainya.

Manuskrip ini kita setuju dan manuskrip itu kita terima. Tetapi yang tidak seronok dan menyesakkan apabila sampai due date, paling teruk dapat email soft reminder dari editor;

“We thank you for agreeing to review XYZ-2010-01-007. This is just a friendly reminder that your review is due in to us 1 day from today.”

Barulah kita tercari2, mana soft copy, mana kertas, mana printer etc. Itu belum lagi membaca secara kritikal.

Belum sahaja kita sempat hantar review, editor pun email;
“The review we requested from you for XYZ-2010-01-007, entitled "ABC…" is no longer needed.

Barulah kita tersengeh2 malu dengan editor. Dulu kita terima untuk membuat review dalam masa yang telah dipersetujui. Tetapi kita laro, silap hari bulan kena black-list oleh editor.

Ada kes tertentu editor menghantar verdict sebelum due date. Biasanya editor akan bagi masa 4 minggu untuk menilai. Tetapi apabila sudah ada penilai2 lain telah menghantar report awal2 lagi (compared dengan kita selalu lambat) dan laporan mereka semua negatif. Contohnya editor menghantar manuskrip ini kepada 3 penilai, 2 penilai kata negatif maknanya sudah 2-0

Jadi editor terus buat keputusan, tanpa perlu terima report daripada penilai satu lagi (kita la tu);
“We have now received two reports to this manuscript and no longer need your kind offer of assistance. Thank you for your response, I do hope that we have not inconvenienced you in any way and that we will be able to call upon your expertise in the future.”

Untuk kes ini tidak perlulah kita risau sebab bukannya salah kita terlebih dari due date, cuma ada penilai lain yang terlalu rajin!

Garisan Bawah
Cuba buat pada minggu pertama lagi

25 November 2010

Menjadi Penilai 7 – Tolak

6. Tolak
Sangat mudah untuk kita komen atau tolak hak milik orang. Ada sahaja tidak kena dan tidak betul. Tetapi cuba kita letakkan kaki kita dalam selipar jepun mereka (put your self in their japanese house slippers), senang ke?

Jadi jangan mudah kita menolak (reject) manuskrip orang lain walaupun banyak kesilapan dan kekurangan terjuntai2 depan mata kita. Jika banyak kesalahan kita komen dengan memberi cadangan umum untuk meningkatkan lagi manuskrip tersebut. Jika ada kesilapan sedikit barulah kita komen secara detail.

Jangan tolak hanya kerana:
i. kesalahan teknikal (silap unit, nama saintifik, ejaan etc)
ii. kekurangan rujukan
iii. Penerangan keliru tetapi masih boleh faham

Terlalu hebat bagi kita untuk meletakkan perkataan REJECT kepada usaha orang lain walaupun hasil kerja mereka bagaikan ‘buat dengan kaki’. Biar kita serahkan perkataan REJECT ini kepada editor.

Lebih baik kita buat keputusan dengan KESALAHAN BANYAK (major correction) atau PEMBETULAN BANYAK (major revision). Bagi editor dari jurnal yang top 10 mereka akan faham bahawa manuskrip ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Jika pada pendapat editor ia masih lagi ok, cuma perlu di kemaskini balik, pasti editor akan lontarkan pelampung keselamatan.

Contoh email dari editor yang sangat tegas (menggunakan kuasanya):
“Even though the referee recommended mandatory revision, I decided to overrule his decision for one reason. Since your paper was not reviewed strongly and since we are able to publish only one third of submitted papers, I have decided to reject it.”

Ataupun editor tegas tetapi play safe (lembut sikit) bersandarkan kata dari penilai. terus reject
“Reviewers' comments on your paper referenced above have now been received. You will see that they advise against publication of your work. Therefore, I'm afraid I must reject your submission for publication in Journal XYZ.”

Ada juga kesalahan sedikit (minor correction) yang diberikan oleh penilai, tetapi editor menyatakan againt publication. So reject juga lah...

Tidak semua orang sempurna dan dengan ihsan sesetengah editor (yang baik la) yang sentiasa memberi peluang kedua walaupun penilai kata ‘major revision’;
“I am pleased to inform you that your manuscript has received a positive review. Unfortunately, the manuscript is not acceptable for publication in the Journal XYZ in its present form. However, the reviewers have suggested major revisions which may render the work suitable for publication. If you are willing and able to respond to each of the reviewers' critical comments, we would consider a revised manuscript. Please submit within the next four weeks a separate list of changes and/or rebuttal comments reflecting each of the issues raised by the reviewers.”

Kita cuma membantu editor dengan pengetahuan sedikit ini untuk menyatakan ACCEPTED, MINOR CORRECTION atau MAJOR CORRECTION sahaja, bukannya REJECT!

Tapi jika contentnya "no new information" atau teruk sangat boleh cadangkan REJECT kepada editor.

Garisan bawah
Paling memdebarkan ialah apabila mendapat email ‘Decision Letter’ daripada editor. Mata terus mencari2 satu saja perkataan... ACCEPTED atau REJECTED. 

Tiadalah ayat paling mengembirakan daripada editor menggunakan ayat berikut;
“I am pleased to inform you that your paper "XXXX" has been accepted for publication in Journal XYZ”

20 November 2010

Menjadi Penilai 6 – Home work


5. Buat Homework
Masalah plagiarism merupakan benda yang paling besar dan paling halus dalam dunia penulisan. Ya atau tidak, secara langsung atau tidak langsung kita juga terlibat dan terbuat. Sebenarnya sebagai orang baru kita tidak tahu dan penyelia sendiri tidak pernah cerita benda2 ini. Kita juga terikut2 kaedah penulis tertentu dalam membuat kertas-jurnal. Tak apalah yang dulu biarkan yang dulu, hari ini kita buat lain.

Ada pelbagai cara mereka membuat kerja negatif ini, antaranya ialah:
i. Menipu data – paling banyak kita jumpa, tetapi susah dikesan.
ii. Copy 100% dan hanya tukar nama – ini paling teruk
iii. Salami slacing [1] – penulis membuang separuh data dalam paper terdahulu dan untuk paper terbaru penulis tambah separuh lagi data baru. Jika dilihat manuskrip hampir sama dengan paper penulis terdahulu. Perbezaan cuma penambahan data (duplication data, repacking data) dan susunan ayat2.

Adakalanya kita tidak perlu membuat homework (siasat macam CSI tu) terhadap paper daripada universiti atau pusat penyelidikan tertentu kerana kita yakin tentang intergiti mereka. Intitusi tersebut memang mempunyai garis panduan yang amat ketat. Jika berkalu sebarang jenayah akademik mereka tidak teragak2 mengambil tindakan dan terus buang kerja orang seperti ini. 

Bagi mereka memcapai KPI tetap KPI, tetapi dicapai dengan terhormat.
Walaubagaimana pun bagi kes tertentu atau kes yang memerlukan kita melakukan homework

Cuba perhatikan kepada keadaan yang wajid untuk membuat homework secara serious berdasarkan:
i. Nama tertentu – Antara yang banyak2 nama penulis kita follow, ada nama penulis tertentu yang kita sendiri tahu dia ni kaki kelentong.
ii. Kumpulan penyelidikan tertentu – kita boleh lihat penulis (atau semua penulis) daripada kumpulan tertentu membuat perkara begini untuk menaikan nama kumpulan penyelidikan mereka.
iii. Negara tertentu – dalam banyak2 keadaan papers daripada negara tertentu memang memerlukan kita melakukan homework.

Untuk membuat homework, cukuplah dengan sekadar membuka softcopy kertas-jurnal dalam PC. Bacalah secara sepintas lalu sahaja (macam drive thru saja). Tidak perlulah cetak kepada hardcopy. Melainkan kertas-jurnal tersebut sangat berguna kepada penyelidikan kita.
Kita juga boleh membuka senarai rujukan yang ditulis oleh penilai. 

Tetapi biasanya penulis yang suka kelentong tidak akan senaraikan rujukan yang ditirunya. Sebab itulah jika kita sanggup terima tanggungjawap sebagi penilai kita mesti rajin sikit. Jika malas tolak sahaja jemputan tersebut.

Garisan bawah
Benda mudah tetapi perlu komitmen
Rujukan
[1] Editorial, Nature Materials, VOL 4, No. 1, JANUARY 2005

09 November 2010

Menjadi Penilai 5 – Hikmah

4. Nilai dengan hikmah*
Nilailah hasil kerja orang lain dengan penuh berhikmah (bijaksana). Tidak semestinya penulis yang ada PhD atau berpangkat profesor akan bijak sentiasa. Adakalanya kelemahan atau kecacatan terjulur dengan mudah. Sebab itulah kita dinamakan manusia.




Ingatlah penulis bukannya orang bodoh, mereka ada otak. Tidak perlulah penilai kutuk orang lain (penulis) secara berlebihan. Walaupun dengan komen yang sedikit mereka akan faham banyak. Cubalah menilai dengan cara mendidik. Daripada hasil penulisan, penilai yang berpengalaman dan bijak boleh mengagak keupayaan penulis.

Tidak semua orang bijak. Penilai boleh memberi tunjuk ajar kepada yang kurang ajar. Penilai boleh menolong penulis untuk meningkatkan lagi kualiti analisis dan perbincangan. Penilai juga boleh memberikan contoh papers lain yang boleh digunakan sebagai panduan.

Ada juga penulis master (pakar) dalam membuat ‘putar-belit’. Mereka ‘menyembunyikan’ kelemahan data mereka di bawah baris2 ayat. Ayat putar-belit susah dikesan sampai kita pun keliru. Kalu kita reject nampak manuskrip ditulis dengan baik, kalu accept macam ada sesuatu yang tidak kena. Jika kita bukan dalam bidang ini, pasti kita akan terjerat dengan ayat2 putar-belit ini.

Cuba kita nilai seadanya. Fahamkan skop kajian mereka, bukannya meminta selain daripada apa yang ditulis. Sudah biasa kita jumpa orang membuat spekulasi melangit, tetapi tiada bukti. Jika mereka cuba highlight sesuatu benda penting tetapi tiada bukti barulah kita minta mereka buktikan.

Contohnya, penulis dakwa ramai orang KL suka makan roti canai ciptaannya. Penulis perlulah menyediakan data yang cukup untuk memuktikan dakwaan ini. Jika tiada, penilai perlulah meminta/komen supaya membuat servey dan statistik untuk membukti kenyataan ini. Janganlah penilai pula mengada-gada meminta penulis membuat servey penerimaan roti canainya di seluruh Malaysia. Ini kerana skop kajiannya telah dinyatakan hanya di KL.

*Hikmah
Minggu lepas Ustaz ada tafsir Surah Al Baqarah. Perkara hikmah ini diselitkan dengan bab infak (sedekah). Pada ayat 269, Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran”.

Saya bukan ustaz, cuma menyampaikan kembali apa yang ustaz tafsir. Hikmah keupayaaan kita berfikir lebih daripada apa yang diajar oleh guru. Orang yang diberikan hikmah boleh membuat sesuatu hanya sekali berbanding dengan orang lain yang terpaksa buat beberapa kali.

Menurut Prof. Hamka dalam Tafsir Al Azhar, “hikmah lebih luas daripada ilmu, bahkan hujung daripada ilmu adalah permulaan daripada hikmah. Hikmah boleh juga diartikan mengetahui yang tersirat di belakang yag tersurat, menilik yang ghaib dari melihat yang nyata, mengetahui akan kepastian hujung kerana telah melihat pangkal”.

Hikmah ialah kurniaan Allah swt. Ia tidak boleh di jual beli. Jadi mintalah kepadaNya. Jika Allah tidak beri hari, minta lagi esok, tidak dapat esok, minta lagi lusa dan seterusnya. Walaubagaimana pun modal untuk memdapat hikmah ialah hati. Hati kena bersih. Hati kita?

04 November 2010

Menjadi Penilai 4 – Membantu

3. Kita membantu
Menilai manuskrip bukannya gelangang medan untuk menghentam orang lain. Jika kita kata mereka lemah, macam mana pula kita? Hebat sangat ke kita?

Jika terdapat kesilapan atau kelemah yang tidak menjejaskan keseluruhan manuskrip, bantulah mereka. Gunakan kelebihan ilmu kita untuk membantu mereka. Pernah dahulu ada penilai menolong saya membetulkan ayat dan menolong memberikan penerangan yang tepat data saya. Mereka juga menyenaraikan beberapa papers untuk dibaca dan menambahbaik manuskrip kita yang terdahulu.

Dalam otak kita sentiasalah mencari “apakah kelebihan paper ini?”, barulah kita ada sifat membantu. Jika awal2 lagi kita kata “aku nak hentam paper ini”, maka tertutuplah sifat membantu kita. Malah ilmu kita juga tertutup! Kenapa ilmu kita tertutup? Apabila kita ingin membantu orang lain, ada terpaksa refresh balik ilmu lama kita. Masa ini jugalah kita akan membuka balik paper atau memcari balik dalam buku mahupun google.

Walau bagaimana pun bagi manuskrip yang dikelaskan sebagai ‘tidak dapat ditolong lagi’ barulah kita bagi komen umum. Cadangkan kepada mereka penambahbaikan manuskrip tersebut. Harap2 penulis faham bahawa manuskrip ini perlu diubahsuai untuk diterbitkan di sini.

“kamu tolong saya, saya tolong kamu... ” macam mat salleh ni kata


Menjadi Penilai 3 – Novelty

2. Novelty
Bila menilai bahagian novelty banyak perkara akan berbangkit. Pelbagai dakwaan berkenaan berkenaan novelty yang penulis utarakan. Untuk mengetahui novelty ini bukan kerja senang, terutamanya bukan dalam bidang kita. Kita perlu jadi Jauhari untuk mengenal Maniam.

Takut tersilap komen antara kaca dan plastik. Jika kita tidak pernah sampai Afrika jangan cuba memdabik dada bahawa kita boleh membezakan Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sebab itulah hanya yang ‘mereka’ sahaja dapat mengenal ‘mereka’.

Secara amnya novelty boleh dilihat berdasarkan;
i. Data2 terbaru – data yang dapat menyokong atau menolak data terdahulu.

ii. Penjelasan atau teori baru – memberikan teori baru untuk menerangkan data2 lama. Teori ini boleh dibuktikan dengan data eksperimen atau matematik.

iii. Kaedah eksperimen – ini juga boleh diclaim sebagai novelty. Apabila manuskrip mengcadangkan kaedah baru untuk memendekkan proses, dapat mengurangkan kos, lebih ringkas tetapi menghasilkan data yang sama atau lebih baik.

iv. Bahan baru atau komposisi baru – ini novelty yang paling lemah kerana hanya menukarkan bahan baru, data baru hampir sama, kaedah sama dan penjelasan pun sama. Ini seperti ‘research hidup segan mati tak mau

Pernah dahulu editor Advanced Funtional Materials menolak paper saya dengan memberikan jawapan yang mudah tetapi bermakna;
“... manuscripts must represent a significant breakthrough of general interest”

Maksud jawapan di atas boleh digambarkan menggunakan contoh ini; katakan setiap hari kita pergi kerja sejauh 30 km naik kereta. Tetapi kita berubah kepada berjalan kaki sahaja pergi kerja, kerana sudah bosan dengan rutin harian ini. Digalas beg besar di belakang dan buku2 di tangan kiri dan kanan. 

Pasti kawan2 kita kata;
“apasal pelik ni? Hahaha...”,
“buang tabiat ke?... hahaha”

Paling best ada yang terus kata
“wei... ko dah giler ke?”

Bukan senang untuk membuat perubahan, memang susah, bukan kerja main2, penat, dikeji orang etc. Tetapi inilah novelty yang dimaksudkan oleh ayat di atas!
Jadi di mana kita?